Wednesday, April 7, 2010

Khasiat Tempe

Apa yang saya ingin paparkan mengenai kebaikan tempe ini adalah kandungan probiotik yang terdapat dalam makanan tradisi ini. Apakah itu probiotik? Ia adalah bakteria yang membantu dalam pelbagai proses yang berlaku dalam tubuh badan kita. Dr. Bernard Jensen, merupakan seorang pakar dalam bidang terapeutik probiotik merumuskan fungsi probiotik dalam tubuh kita:

1. Membantu pergerakan usus
2. Membantu penambahbaikkan sistem imun
3. Membantu pembentukan vitamin
4. Membantu penyahaktifan agen barah
5. Membantu mengawal kolestrol dan paras hormon
6. Membantu dalam penghasilan laktasi (enzim pengurai susu)

Dengan adanya probiotik, ia dapat mengatasi gangguan keseimbangan bakteria didalam tubuh yang disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:

1. Gaya hidup yang tidak sihat
2. Amalan permakanan yang tidak teratur
3. Penggunaan antibiotic yang tidak terkawal
4. Tekanan mental
5. Persekitaran yang tercemar.

Berbalik kepada ‘tempe’ tadi, ia mengandungi bakteria asid laktik (strain TH10) yang mampu melawan bacteria berbahaya MRSA (methilcillin resistance staphylococeus). Oleh itu, apa kata anda? Adakah tempe akan menggantikan makanan segera seperti pizza, kentang goreng dan burger dalam kehidupan anda.

Sumber : http://mshafie.fotopages.com/?entry=1598453&page=0

Tuesday, April 6, 2010

Bungkusan tempe


Tempe yang siap dibungkus dan disusun. Dibiarkan selama 2-3 hari untuk menghasilkan kulat sehingga sebati dengan kacang soya..

Daun tempe

Pembungkusan menggunakan daun dan dilapisi kertas.

Ragi tempe


Ragi (kulat atau yis yang boleh dimakan) buatan sendiri yang digunakan untuk digaul bersama kacang soya yang telah disejukkan. Menggunakan daun rambai dan kacang soya yang telah diragi dahulu. Diperam sehingga berkulat dan setelah itu dijemur untuk dikeringkan..

Menyejukkan kacang


Diarai untuk menghilangkan haba rebusan...

Mengeringkan kacang soya



Selepas direbus, proses mengeringkan kacang soya dengan menggunakan mesin pengering.

Rebus



Proses kedua selepas dikisar dan dibasuh. Merebus kacang dibiarkan selama 2 jam. Berat maksimum periuk 30 kg kacang soya...